Saturday 25 June 2016

TOP 5 IKLAN RAYA 2016

Bila dah nak menjelang hari raya ni, mesti banyak video raya yang hebat-hebat, sedih, gembira yang akan munculkan? Untuk tahun 2016 ni, video raya mana yang paling best? Maksudnya yang menyentuh hati dan ada moral of the story yang bagus.

SD sempat menonoton beberapa video raya 2016 ni di youtube dan SD akan share antara video raya yang SD rasa best tahun ini. Hehe. Kita buat countdown ya.





1. TNB (#LepasTu)
Iklan raya TNB tahun ni simple tapi agak menarik juga sebab ada Lan Pet Pet sebagai abah memaafkan anaknya yang nakal. Kelakar pun ada tapi endingnya boleh tahan. Kemaafan di Aidilfitri.



2.  TM
Iklan raya TM ni sedih juga sebab endingnya semua kawan-kawan dia baru tahu apa yang dia buat selama ni. Nak tahu apa yang dia buat? Tonton video di bawah.



3. Astro Gempak
Kisah benar tentang seorang anak dan ayah. Bila orang yang tersayang dah tiada, baru dia tersedar sesuatu. Jom tengok!



4. Maghfirah Media Group
Iklan raya ni best! Lagi-lagi ada beto pulak tu. Lagi touching bila beto nangis. Fuhh. Menusuk. Goodjob beto dan Maghfirah team!


5. SAMSUNG
Memang simple! Brilliant idea. Walaupun dalam whatsapp sahaja, tapi menyentuh perasaan. Nilai kekeluargaan memang tak akan putus.





Jadi, ini sajalah iklan raya 2016 yang SD rasa paling best. Iklan Petronas tak nampak pulak mana. SD paling suka iklan beto tu! Korang suka yang mana? Share kat kawan-kawan taw.

Selamat berpuasa san selamat menyambut hari raya aidilfitri! Mohon maaf zahir dan batin.











No comments:

Post a Comment